Strategi Utama

PEMBANGUNAN TENAGA PENGAJAR & JURULATIH

  • Membangunkan silibus Khalifah Method untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.
  • Membangunkan modul Khalifah Method dan menjalankan Training of Trainers (TOT) untuk jurulatih.
  • Menyediakan program latihan bagi melatih tenaga pengajar memahami, mendalami dan mengaplikasi Khalifah Method untuk disebarkan ke seluruh institusi pendidikan di dalam Malaysia.

PEMBANGUNAN PELAJAR

  • Menerapkan empat kunci utama dalam sistem pendidikan: Hafazan & Pemahaman Al-Quran, Kecemerlangan Akademik, Pembangunan Taqwa & Sahsiah, dan Kepimpinan.
  • Melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu dan profesional tetapi juga seorang alim yang mampu memahami Al-Quran dan mengamalkannya dalam kerjaya, keluarga serta masyarakat.
  • Mendedahkan pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti luar yang pelbagai untuk meningkatkan kemahiran Soft Skill.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

  • Melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai akhlak yang mulia, ketaqwaan yang mantap dan kemahiran berfikir aras tinggi.
  • Membangunkan sebuah kompleks pendidikan yang komprehensif untuk menempatkan pelajar sekolah menengah.
  • Penambahbaikan kemudahan infrastruktur sekolah rendah dalam masa terdekat dan membangunkan kompleks pendidikan sekolah rendah untuk jangka masa panjang.

PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa untuk memahami, mendalami, dan mengaplikasi Khalifah Method untuk sama-sama membangunkan anak-anak cemerlang.
  • Menyediakan pelbagai program dan aktiviti berbentuk ceramah dan bengkel berkaitan Khalifah Method kepada seluruh lapisan masyarakat dan komuniti korporat.