Pengenalan KTA

Khalifah Training Academy (KTA) atau dahulunya dikenali sebagai Khalifah Institute ditubuhkan dan beroperasi pada tahun 2004. Ia bermula sebagai badan amanah berdaftar di Malaysia yang diasaskan oleh Almarhum Prof. Dr. Muhammad Al’ Mahdi Jenkins yang bertujuan menyampaikan Khalifah Method kepada masyarakat umum. Khalifah Institute mula beroperasi dengan menawarkan program latihan keibubapaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Khalifah Training Academy kemudiannya mengembangkan program latihan yang disasarkan kepada setiap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, belia, guru-guru dan golongan pekerja.

Secara amnya, program-program latihan ini mengetengahkan konsep manusia sebagai Khalifah, sekaligus memberi kesedaran bahawa mereka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di atas muka bumi ini. Dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pandangan alam (worldview) yang tepat serta pemahaman tentang Hukum Pembelajaran (Laws of Learning), program-program latihan ini telah berjaya mewujudkan anjakan paradigma di kalangan peserta, terutama sekali bagi generasi muda. Para peserta bukan sahaja bermotivasi untuk berubah malah bersedia untuk menghadapi pengaruh tidak sihat dewasa ini. KTA juga membantu dalam penerbitan beberapa bahan yang bermanfaat seperti buku, poster, audio dan video CD bagi membantu mereka yang ingin mendalami ilmu Kaedah Khalifah.

Kepakaran Kami

85% Complete
73% Complete
92% Complete
69% Complete
87% Complete

Moto

Towards a Fully and Truly Islamic World

Visi

Shaping Excellent Character Through Khalifah Method

Objektif

  1. Untuk membantu ke arah membentuk dunia yang lebih sejahtera.
  2. Untuk menyebarkan ilmu Kaedah Khalifah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengasas

Jurulatih

Prof. Dr. Alini Marzuki

Pn. Badariah Ismail

Pn. Azra Banu Mohd Sidek

En. Muhammad Qayyum Abdul Raof

En. Ahmad Ibrahim Kamal

Pn. Hanani Saman

Pn. Rosiah Jantan

En. Romli Ishak

Pn. Aisyah Ajus

En. Mohd Mursyidi Mohd Diah