INFAQ

Lebih sedekad berdirinya Khalifah Institute/Yayasan Pendidikan Khalifah ini adalah hasil daripada keprihatinan dan kesedaran para dermawan terhadap pentingnya pendidikan yang berkualiti dalam zaman yang serba mencabar ini. Yayasan Pendidikan Khalifah amat mengalu-alukan kerjasama sosial dengan anda, di mana sumbangan kewangan yang diterima daripada anda disalurkan kembali kepada masyarakat dalam bentuk pendidikan. Ia adalah satu kerjasama yang mendatangkan keuntungan dan manfaat kepada pelbagai pihak, terutamanya generasi anak-anak.

Yayasan menyediakan beberapa platform Infaq bagi anda yang berhasrat untuk menyumbang  kepada dana pendidikan ini.

Zakat

Yayasan Pendidikan Khalifah adalah ejen zakat berdaftar bagi Lembaga Zakat Selangor dan Perlis. Anda boleh membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor melalui kami. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak kami secara terus.

Jom Derma

Jom Derma adalah satu inisiatif Yayasan dalam menyediakan platform kepada masyarakat umum untuk menyalurkan derma kepada pelbagai institusi kebajikan/surau/masjid/institusi pendidikan. Aplikasi Jom Derma membolehkan anda menderma melalui perbankan online. Klik JOMDERMA untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Selain Zakat dan Jom Derma, anda boleh menyalurkan sumbangan secara terus ke Yayasan Pendidikan Khalifah melalui:

CIMB Islamic
86 005240 8

Yayasan Pendidikan Khalifah adalah sebuah badan berdaftar dan sumbangan yang disalurkan
layak mendapat pengecualian cukai  (LHDN.01/35/42/51/179-6.8000)